CERPEN : SEPULUH PEMUDA
Beri aku 1.000 orang tua, niscaya akan ku cabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda niscaya akan ku guncangkan dunia. - Soekarno
"Soekarno orang yang hebat, tidak dinafikan. Tetapi kerana dia menjadikan cita-cita negara kepada cita-cita sendiri. Itu menjatuhkan dia sebagai seroang perempuan. Jadi. jangan malas-malas, jadilah antara mereka dalam sepuluh orang yang akan menggegarkan dunia... hantar kerja kau orang esok ya. Kelas bersurai..." kata pensyarah
"Ok Mat, masuk... masuk!!!" Zarim menjerit sambil menekan-nekan kuat skrin telefonnya
"Musuh di situ! belakang engkau!" sambung Mat sambil menghirup air sirap limau.
Farid yang baru tiba disitu mencekak pinggang lalu menggeleng melihat kawan-kawannya kusyuk bermain telefon. Dia meletakkan beg nya lalu duduk di sebelah Mat dan mengeluarkan kerjanya
"Awal kau datang, kata kau lepas isyak?" Zarim bertanya tanpa melihat Farid
"Saja datang, mana tahu kau orang nak aku tolong" Balas Farid sambil menyelak-nyelak modul.
"Kita orang ok je ni"
"Tapi dari maghrib tadi kau orang dah duduk dekat sini, aku tengok masih kosong kerja yang Sir bagi. Esok dateline. Sudah-sudah lah dengan telefon tu. Kita dah nak fianl sem. Jangan lah sambil lewa, ambil lah sirius sikit"
"Sikit sahaja lagi..."
Farid yang tidak sabar merampas telefon Zarim dan Mat. Mereka yang tidak puas hati melihat Farid.
"Kau dah kenapa? Tidak nampak ke sedang dalam game? siapa pula kau nak rampas-rampas" marah Zarim
"Kau orang ini kawan aku, tak akan aku nak tengok sahaja kau orang gagal?" balas Farid
"Sekejap sahaja pun Farid, ada banyak masa lagi. apa yang kau gusarkan" kata Mat
"Kau tengok mereka yang lain. pelajar-pelajar Cina dan kerajinan mereka melakukan kerja. jangan lah buat malu bangsa" kata Farid
"Tak, kau nak sebut-sebut bangsa lain kenapa? Kalau malu nak jadi Melayu bilang sahaja" balas Zarim marah
"Aku malu! malu melihat bangsa yang pemalas dan tak ada disiplin macam kalian. Sudah lah Melayu, orang muda pula itu. Eh kita ini yang sekarang mencerminkan kita di masa hadapan"
"Kau dah melampau" Zarim mencari kolar Farid dan ingin menumbuk nya tetapi di tahan Mat
"Tumbuk lah! itu sahaja kan kau boleh buat. Mana tidak orang pandang bangsa kita ini bangsa yang tidak sedar diri. Tegur sikit, tegur sikit terasa macam mana nak jadi bangsa yang berjaya?" Farid menepis Zarim
"Kau jangan, kata-kata kau itu ibarat meludah di langit. KAU ITU MELAYU JUGA!"
"Aku melayu! tetapi tidak macam kalian" Farid mengambil beg nya dan pergi dari kafe
Di bilik, Farid tidak berasa puas hati dengan kata-kata Zarim di kafe tadi. dia membuka komputer riba nya dan mencari sesuatu. Teman sebiliknya keluar dari tandas melihat nya terkejut.
"Awal kau balik, kenapa? Gaduh dengan Zarim lagi?"
"Aku tidak faham lah, kita ini belajar di tempat yang berprestij tetapi pelajar nya seperti tidak mengambil peluang ini dengan sirius. Ramai lagi yang ingin kan tempat kita, tetapi mereka tidak terpilih oleh sebab orang-orang macam mereka lah" Kata Farid
"Apa yang kau rasakan dengan orang-orang yang macam itu?"
"Tidak bersyukur dan membazirkan duit dan waktu sahaja"
"Jikalau membazirkan waktu kenapa kau pilih untuk bertengkar juga? Tak ke kau pun sama seperti mereka?"
"Tapi aku ada disiplin"
"Jadi, macam mana kau nak ubah mereka?"
"Aku pun tidak tahu. seharusnya mereka perlu diluntur dari rebungnya, tetapi kita sudah dua puluh tiga tahun... aku tak rasa ada chance lah"
"Kau tidak cuba, sebab kau asyik terus masuk ke perbalahan"
"Aku geram"
"Siapa sahaja tidak. Cuba esok kau berborak elok dengan mereka"
Keesokan harinya, Farid tidak duduk bersama Zarim dan Mat di kelas. Tetapi Zarim melihat Farid tidak puas hati dari awal hingga ke akhir kelas. Habis sahaja kelas, mereka memberikan kerja yang diminta. Zarim tidak bertegur Farid dan keluar dari dewan dengan pantas tetapi di kejar Farid.
"Kau nak apa? Tidak cukup lagi ke dengan amarah kau semalam. Kau nak settle kan di padang pula? ayuh..."
"Tidak, niat aku ingin berbaik. mungkin apa yang aku katakan semalam terlalu kasar untuk kau"
"Bukan kasar, tapi tidak memperlihatkan kau ini kawan aku. kata sahabar, tetapi kerana fahaman kau itu, kau menolak aku begitu sahaja?"
"Bukan itu maksud aku.. cuba lah faham yang..."
"Apa? aku ini tidak ada masa hadapan? kau sahaja melayu yang paling rajin, paling punya disiplin? Eh kau itu sama sahaja seperti Melayu yang lain. memandang bangsa sendiri begitu rendah dan sinis"
"Aku berkata begitu kerana aku peduli akan masa depan kawan-kawan aku. Kita ini di tempat yang bagus, jadi lah pelajar yang bagus"
"Bagus atau tidak itu pilihan aku. Kau itu memang bijak sejak sekolah dan aku ini bodoh"
"Sebab itu aku ingin menolong"
"Aku tak faham lah dengan kau. Apa yang kau cuba sampaikan?"
"Zarim..."
"Janganlah sebut nama aku lagi. aku tak rasa aku sesuai untuk berkawan dengan engkau yang bijak dan jijik dengan bangsa sendiri"
Zarim meninggalkan Farid. Farid sungguh kecewa dan geram dengan kata-kata yang dilontarkan Zarim. sepuluh tahun persahabatan yang terputus begitu sahaja.
Zarim melakukan kerja nya di bilik sambil mendengar pidato Soekarno. Dia memakai fon telinga dan tidak berbicara dengan siapa pun malam itu, dia terfikir sejenak untuk bertemu Zarim. dia bangun dan pergi ke biliknya.
Farid mengetuk pintu dan masuk. Zarim sedang bermain permainan video di komputer riba nya melihat Farid dengan muka ketat.
"Kau datang nak apa? ceramah aku lagi?" katanya tidak memandang Farid
"Aku datang sebenarnya nak berkata sesuatu"
"Aku tak ada masa"
"Kalau begitu..."
Farid menikam perut Zarim berkali-kali hingga Zarim terjatuh di tempat duduknya. Sebelum Zarim menjerit kesakitan, Farid menutup mulutnya.
"Ssssshhh, jangan kuat-kuat kau akan mencuri perhatian orang"
"Ke...kenapa kau buat aku macam ini?"
"Sebab kau tak ada masa, tak ada masa untuk menajdi orang berjaya"
"Aku....ini...kawan kau"
"Kau sendiri memutuskan persahabatan kita"
"Apa sebabnya Farid...."
"Kau sendiri dengar apa kata Sir di kelas tadi kan tentang kata-kata Soekarno tentang sepuluh orang pemuda, aku tak mahu pemuda seperti kau ini tergolong dalam sepuluh orang itu. merugikan negara...."
Zarim sudah terkulai tidak bernyawa. Farid meninggalkan tempat kejadian dan ke bilik nya dengan rasa lega....
"Akan aku gegarkan dunia......" kata nya
Ulasan
Catat Ulasan