CERPEN : HAK







"Lawan! Lawan! Lawan!!" 

Laung anak muda yang turun demonstrasi menentang kezaliman terhadap petani yang lama-kelamaan menarik rezeki mereka untuk meneruskan hidup. Daripada dibayar dengan harga yang tidak selaras usaha mereka berpeluh saban hari kepada tanah mereka diambil untuk kepuasan orang ternama.

"Tetapi kenapa anak muda yang turun ke jalanan? bukan kah tempat mereka di sekolah, di universiti" kata Hashim 

"Manusia mana mampu melihat penghuni se-tanah dikhianati begitu kejam sekali? dalam kalangan petani yang tertindas ini mungkin ibu ayah kepada anak-anak muda ini..." jawab Abran

"Ah, apa yang mereka tahu. Lawan, lawan dan lawan. Apa baiknya, mana hasilnya. Mereka ini masih muda, masih banyak perlu dipelajari" sambung pakcik itu tadi.

"Cara apa lagi harus kita gunakan bila berbicara molek juga dipandang serong, ditolak dan ditertawakan. kerana mereka belajar dari apa dipelajari, mereka turun dan lawan" kata keras Abran

"Tetapi harus dengan adab!" Hashim mula kepanasan

"Jangan bicara soal adab jika kita masuk ke rumah orang tanpa salam" Kata Abran sambil menepuk bahu Hashim

"ada-ada sahaja lah kau ini, aku datang nak ambil kelapa yang aku pesan dari bapak kau. Assalamualaikum" pakcik itu pantas pergi menaiki motornya.

Melihat skrin televisyen dengan mata kasihan. Kasihan melihat anak-anak muda ini, bakal pemimpin negara di hentak, dibasahi air asid, dipedihkan dengan gas pedih hanya kerana ingin menutut hak mereka.

"Kau jangan turun, abah tak mahu hilang seorang lagi anak jantan" Samad menegur dari jauh

"Abah, kalau bukan kita anak muda ini, siapa lagi?"

"Abah tak kesah, tapi jangan engkau" Samad menutup ayat nya dan berlalu masuk ke dalam bilik

Abran menutup TV dan mencapai telefon bimbit nya. menekan kenalan bernama 'Dayat'. menunggu sejenak sambil menghidupkan sebatang Malboro. Arwah ibu selalu berpesan, sebatang itu boleh memendekkan usia sekurang nya 5 tahun. Abran akan bilang...

"Sekurang nya ibu hidup lebih lama"

ternyata Tuhan berkata sebaliknya....

"Dayat, apa situasi disana? Apa perkembangan?"

"Sedang menerima takdir bahawa kita akan mati menentang mereka.."

"Tahap itu sekali?"

"Sudah 3 orang terkorban Abran..."

"innalillahiwainnailaihirojiun... tak apa, mungkin sampai sudah masa untuk aku turun"

"Tapi.... apa kata bapak engkau?"

"Dia akan faham,.."

Menutup talian dan pantas dia mengemas barang untuk menuju ke kota. Tanpa senjata dengan hanya membawa hak dan kebenaran dia memulakan perjalanan ke kota, 

Suasana di kota sudah mula merosot, lebih ramai yang tercedera dan ditangkap, darah yang keluar dari anak-anak muda ini membasahi jalan, Abran sedar dia kini sedang menghadapi satu peperangan. Dia berdiri di atas kereta sambil memegang mikrofon.

"Lihat lah kalian, Lihat! rakam dan lihat! kezaliman dan keganasan yang dilakukan orang-orang yang seharusnya melindung kita, kini menentang kita! Saya faham dikalangan kamu para petugas, ini bukan pilihan kamu. kamu juga terdesak seperti kami. Tetapi dengan menumpaskan 3 pejuang kami itu adalah satu dosa! Tidak ada senjata yang dibawa, hanya suara kami! Dimanakah keadilan?. Kami tidak meminta lebih, hanya keadilan untuk para petani. Hargai lah mereka yang telah mengenyangkan perut anda, disaat anda tidur di bantal dan katil yang empuk, ada dikalangan mereka yang berkongsi tilam. disaat anda enak menjamah hasil mereka, ada dikalangan mereka yang berlapar perut kerana hasil di rompak tanpa izin. Kalian orang atas perompak! Perompak yang seharus nya ditangkap bukan dijunjung! Polis jenis apa kalian, sangat rosak dan takbur! Jika kalian berkeras, kami tidak akan berkeras. Kerana niat kami bukan untuk bertumpah darah, tetapi hanya ingin suara kami didengar. Jadi, disini kami anak-anak muda, terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah, para mahasiswa. Tidak takut dan gentar, tidak selangkah pun kami akan mundur! sini saya titipkan puisi Rendra 

Perjuangan adalah satu pelaksanaan cita dan rasa.
Perjuangan adalah pelunasan kesimpulan penghayatan.
Di saat badan berlumur darah,
jiwaduduk di atas teratai.

Ketika ibu-ibu meratap
dan mengurap rambut mereka dengan debu,
roh ksatria bersetubuh dengan cakrawala
untuk menanam benih
agar nanti terlahir para pembela rakyat tertindas
– dari zaman ke zaman

KITA LAWAN DAN AKAN TETAP DAN TERUS LAWAN!"


Abran turun dari kereta dan menepuk bahu Dayat dan tersenyum.


"Ingat sahabat, jangan sekali kau menyesali tindakan ini. Takdir telah memilih kita.." Kata Abran


"Aku takut..."

"Kau ada aku, dan rakan-rakan yang lain. mungkin kita bukan sedara sedarah. tetapi semangat itu menjadikan kita satu. Jika kau takut sekarang, kau seharusnya takut akan masa depan anak-anak kecil ini para petani ini... apa nasib mereka" Abran memujuk


"Benar... ayuh"

Disaat Abran ingin berjalan mengikut demonstrasi, telefon bimbitnya berdering. Terpapar nama 'Abah'. Pantas dia menjawab
"Assa...."

"Kenapa kau turun dik...abah sudah pesan jangan sekali"

"Tak apa abah, adik perjuangkan nasib abah juga"

"Abah tak apa, abah tak kesah kita hidup tak senang. tapi engkau sahajalah nyawa abah"

"Abah, Abran tak sanggup lihat abah susah"

"Kita mungkin susah di dunia, tetapi akhirat insyallah Allah permudahkan dik.. pulang lah dik"

"Adik dah sampai, kalau adik mundur mereka juga akan mundur. Jangan risau, adik akan pulang dengan selamat... Assalamualaikum" Abran menutup panggilan dan mengelap airmata nya. 

Dia menarik nafas dalam dan mengikat tali kasutnya.

"Abran! Tolong cepat kita diserang!!" teriak Dayat yang kepedihan kerana gas pemedih mata

"Aku datang!!"

Abran membasahkan mata kawanya dan membawa Dayat berjalan menuju kehadapan. Walaupun separuh para demonstrasi berundur kerana disembur air asid yang kuat dan ada daripada nya tumpas. Abran meneruskan perjalan ke parlimen sambil dilindngi anak-anak muda yang lain. 

Samad sedang duduk di hadapan TV dengan perasaan yang bercampur. Risau dan takut akan keadaan anaknya. Keluar berita pukul 7 dan tiba-tiba telefon nya berdering, keluar nama 'Abran Adik'

"Assalamualaikum, Abran? di mana kamu dik? sudah pulang?"

"Pa...pakcik" Kedengaran suara Dayat yang tercungap-cungap

"Ini siapa? mana Abran?"

"Abran ditembak pakcik, saya khuatir dia tidak mungkin akan pulang...."

"Allah......" Samad rebah

Di tengah ruang tamu yang sunyi, Samad yang tidak sedar dengan telefon yang masih dalam talian kedengaran bunyi teriak para demo diseksa. Keluar satu siaran langsung dari Perdana Menteri.

"Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera. Saya akui dan saya faham akan kugasaran orang ramai tentang demonstrasi yang diadakan dikota. Saya mengutamakan keselamatan dan kesahjetaraan rakyat. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati atau pandangan atau apapun cadangan. sila tulis usul atau surat dan terus dialamatkan ke pejabat perdana menteri. Akan kita kaji dan pertimbangkan semula. Saya berharap, anak-anak muda kita kini lebih cekal dan bijak dalam memilih. Akhir kalam, MAJULAH ANAK MUDA UNTUK NEGARA...."

- Tamat -  

Ulasan

Catatan Popular