CERPEN : FISABILILLAH
Kau ini…. terlalu banyak dedikasikan hidup kau kepada Tuhan,…..
Seruan subuh mengejutkan teruna dari lamunan dunia sebalik mata. Menggosok-gosok mata nya sambil cuba menyusun satu persatu sel-sel otak nya. Subuh itu waktu yang ajaib dan indah. Seringkali manusia terlepas dek kerana selesa berselimutkan kulit babi. Tetapi tidak buat si teruna ini. Dia antara insan terpilih untuk memulakan harinya dengan doa bangun tidur dan berjalan terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
“Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala….” demikian lah dia memulakan setiap pergerakkan kerana Tuhan dengan harapan syurga lah jawapannya.
Kedengaran di bilik sebelah suara lelaki seperti sedang memuntahkan sesuatu. Si teruna yang kerisauan melihat keadaan. Ternyata kawan nya yang sedang dalam berada dalam dua dimensi. Khayal dibawa nafsu hingga ke subuh. Si teruna hanya mampu menggeleng dan membawa kawannya ke katil. Membuka stokin dan menyapu sedikit air ke muka nya.
“aku dah penat…”
“jadi kenapa buat?”
“aku tak boleh tinggal..”
“tapi dah kalau memudaratkan?”
“aku tetap tak boleh tinggal….”
Teruna meninggalkan kawannya yang sedang dalam keadaan tidak stabil untuk berbicara dengan perasaan yang kecewa. Sungguh, itu masih kawannya.
Hari-hari teruna sama, jam lapan bergegas ke tempat kerja dengan niat, datang hanya kerana duit. Dia sedar hidup di kota tak mudah. Lebih itu bermaksud untung dan untung bermaksud duit. Singgah sebentar dia di kedai serbaneka untuk membeli Rothmans biru. Kedengaran bosan tapi itu pilihannya. Kerana Rothman ini tidak seperti D-blend ataupun Dunhill yang bau nya kuat, sungguh pun menjadi bahan jenaka antara kawannya dimana “tidak cukup jantan” dia hanya anggap itu satu perspektif.
Sesaat dia tiba di tempat kerja, dia telah didatangi majikannya. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa redha nya dia tatkala majikan turun ke tempat kerja.
“Awal datang”
“Macam biasalah”
“Dah makan?”
“Dah Alhamdulillah” teruna merendahkan pandangannya
“kenapa awak pandang kebawah? Saya ni hodoh sangat ke, boleh bagi badi kepada kandungan?”
“Eh bukan begitu Miss, saya hanya merendahkan pandangan”
“Oh, sebab saya tidak bertudung?”
Teruna hanya diam.
"Ok lah, bagi saya satu tazkirah awak. Mana tahu esok lusa saya bertudung”
“tazkirah saya tidak semestinya akan menjamin Miss akan bertudung. Itu soal diri. Mampu kah Miss menggalas tanggungjawab kepada Tuhan? Tak apa untuk tidak bertudung, teruskan istiqomah”
“ada harapan ke saya ni awak rasa?”
“jika niat Miss untuk kembali dan bersama Tuhan, dengan izinkan Tuhan harapan itu ada ingat, janji semangat fisabilillah itu ada”
“lihat lah macam mana”
Majikannya pergi masuk ke pejabat. Teruna menghembuskan nafas lega kerana tidak diajukan soalan-soalan pelik. Pantas dia melakukan kerja dengan Bismillah.
Hari berlalu dengan pantas. Kini tiba waktu untuk pulang ke dasar dimana hari nya bermula dan berakhir, katil. Tepat jam enam pulang. Tiada perhentian. Niat hanya ingin pulang dan memeluk bantal yang dibeli di IKEA.
Tiba sahaja di rumah, dia melihat kawannya sedang makan malam di ruang tamu. Mereka bertukar pandangan tetapi tidak bersapa. Entah kenapa seeperti ada ruang kekok diantaranya. Dia terus naik ke atas meninggalkan situasi dalam tanda tanya. Sakit tapi itu hakikatnya, manusia dan ego mereka.
“Assalamualaikumwarahmatullah….” dia memberi salam kepada dua malaikat yang menjaganya siang malam.
“boleh aku masuk?”
“pintu tak kunci”
Agak terkejut si teruna apabila kawannya tiba-tiba datang ke biliknya. Kawannya itu memulas-mulas baju nya sambil berdiri melihat teruna menyidai sejadah diampaian.
“Jom la duduk” ajak si teruna
Kini mereka duduk bersebelahan masing-masing. Masih dalam keadaan kekok. Hanya bunyi motor mat rempit menghidupkan suasana.
“Ada apa?”
“Aku nak tanya, kita ini…. dalam keadaan ok ke?”
“Ok sahaja aku rasa kenapa”
Kawannya hanya termenung meninggalkan soalan teruna lopong. Tiba-tiba airmata jantannya mengalir, teresak-esak dia menangis. Terjatuh kepala nya di bahu teruna. Teruna terkejut.
“Kenapa ni?”
“Aku penat, penat dengan semua ni”
“Masih belum terlambat…”
“masih kah ada ruang dan waktu?”
“sentiasa”
Kawannya terus memeluk teruna erat. Sepuluh tahun persahabatan menjadi saksi kerakraban mereka sekarang. Walaupun mungkin berbeza fahaman tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus berkawan.
Situasi tiba-tiba sunyi. Tidak ada angin tiba-tiba kawannya mencium si teruna dan terus ditepis kuat. Teruna terkesima dan terjatuh ke lantai
“Ap…apa kau buat ni?”
“Kau kata masih ada ruang dan waktu untuk kita…”
“Kita? Aku maksud kan Tuhan dan agama. Kau jangan salah faham. Kita tidak akan sama seperti dahulu”
“Kau ingin mensia-siakan sepuluh tahun kita dengan hanya kerana kau berubah?”
“Berubah untuk kebaikan! Sedarlah dunia ini sudah tenat!”
“Aku pun tenat! Tenat melihat kau yang lain!”
“ini kah asbabnya kau kembali meneguk kencing shaitan?”
“Iya! Aku hanya inginkan tumpuan kau, aku ingin kan kau!”
“Tetapi kita ini lelaki!”
“sejak bila itu menjadi alasan kau?”
“sejak aku sedar apa yang kita buat ini salah. Salah! Tidak ada tempat kita di syurga”
“kerana sejak azali lagi memang tidak ada tempat kita di syurga, takdir sudah berkata. Kita hanya perlu meneruskan hidup”
“hidup dalam keadaan begini? Keadaan yang hina?”
“Terima sahajalah yang kau itu songsang! Selamanya kita dipandang hina. Terima sahajalah!”
“Kau keluar dari rumah ini”
“Atau apa? Kau ingin menikam aku? Itu kah yang diajar agama kita? Membunuh sesama saudara? Cukuplah kau menjadi hipokrit aku mual melihat”
“Kau sudah gila…”
“iya aku gilakan kau…” kawannya memeluk teruna erat tetapi terus ditolak
“jangan sekali kau sentuh aku”
“jijik sekali kau dengan aku…”
“Maaf bukan itu niat aku tetapi kau sudah melampau”
“bunuh lah aku, apa lagi yang kau tunggu. Dimana semangat fisabilillah kau itu?”
“jangan kau minta…”
“Takbirrrr!!!!”
Lambat sekali malam itu berlalu.. Hanya dua jejaka berlawan kata diantara perasaan dan akal. Bila hidup sudah dimanipulasikan, fitrah manusia menjadi taruhan. Manakah yang benar manakah yang salah. Tetapi pada dasarnya, kita hanya manusia.
Kita hanya manusia….
“Jadi, awak mengaku yang awak bunuh dia?”
“Ya”
“Kerana apa? Atas dasar apa?”
Teruna hanya diam… dia membuka baju lengannya dan terlihat contengan darah yang tertulis…
“fisabilillah”
TAMAT
Ulasan
Catat Ulasan