CERTOT : TAKDIR - MARYA
Ring! Ring!
Berdering telefon bimbit Marya. Dia berlari pantas dan mengangkat nya.
"Hello?"
"Assalamualaikum, ni Marya ke"
"Waalaikumsalam, ya saya"
"Ni Makcik awak, Marya, awak kena pulang ke kampung".
"Maaflah, saya agak sibuk".
Ketika Marya ingin memutuskan talian, tindakan nya terhalang
"Pulang lah Marya, Ibu kamu dah nazak"
"I..ibu?". Kata Marya dengan suara nya yang sedikit bergetar.
"Pulanglah Marya. Dia nak lihat muka kamu". Rayu Makcik Marya
"Nanti lah, saya fikir-fikir kan. Assalamualaikum". Marya menutup talian.
"Ya Allah....". Mengeluh Marya mendengar berita Ibu nya sedang nazak.
---
"Ibu, ibu. Nanti dah besar. Marya nak beli kan ibu rumah besar, kereta, bawak ibu ayah melancong".
"Amboi, tinggi nya cita-cita. Kalau Marya nak banggakan ibu dengan ayah. Marya kena belajar rajin-rajin, jadi anak yang solehah. Tau"
"Ok ibu!".
---
Teringat kata-kata nya 10 tahun lalu membuatkan Marya sedikit sebak. Walaupun berjauhan dan hubungan dengan ibu bapa nya agak renggang, tidak sekalipun Marya lupa untuk menghantar duit belanja kepada mereka.
"Cuti?. Berapa hari you mau"
"Seminggu Puan".
"Haiyaa, punya lama. Mana you pergi"
"Emergency, isu family"
"Apa, Bapak lu kahwin lain ka"
"Mak saya tengah nazak".
"Aiyo, Ok lah macam ni. I tak boleh bagi you cuti seminggu sebab nanti I hilang customer. 3 hari cukup ka?".
"Cukup Puan".
"Ok, 3 hari. Pasti kan you balik lepas 3 hari".
"Baik Puan"
Marya menyusun baju nya ke dalam beg. Dia terduduk sekejap memikirkan kondisi ibu nya.
---
"Kalau ibu dah tak ada nanti, Marya jaga tau rumah dengan tanah ni". Kata Aini sambil menyikat rambut Marya.
"Ni rumah Marya ke ibu?". Tanya Marya cuak
"Iya lah, dah Marya sahaja anak ibu". Ibu nya memeluk erat Marya.
"Ibu sayang Marya"
"Marya pun sayang ibu".
---
Lamunan Marya terhenti apabila di ganggu dengan panggilan telefon. Terpapar nombor orang yang cukup dikenali nya.
"Hello, Jo"
"Mar, malam ni kasi on la"
"Minta Maaflah, harini aku tak dapat ikut"
"Lah, asal"
"Aku ada hal sikit dekat kampung".
"Bila kau balik?"
"Sekejap je, Jumaat ni aku balik lah".
"Ok, take care"
"Bye"
Marya memulakan perjalanan nya pada sebelah malam. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor agak jauh. Marya gerak di malam hari supaya dapat mengelak daripada sesakan jalan raya. Tiba-tiba telefon nya berbunyi.
"Assalamualaikum, Marya?".
"Waalaikumsalam. Ya, saya dalam perjalanan".
"Marya, ibu awak dah meninggal".
Kereta Marya terhentk di tengah jalan. Mata nya tidak mengelip, jantung nya seakan terhenti, tangan nya mula lemah. Air mata sudah bertakung.
"Marya?".
"Bi..Bila ibu meninggal?".
"Pukul 9 tadi".
"Ok, nanti Marya sampai".
Dia meneruskan perjalanan nya dengan menahan air mata. Sekarang, Marya sendiri tidak tahu apa perasaanya. Marah atau sedih. Marah terhadap diri nya sendiri kerana tidak menjenguk kedua ibu bapa nya atau sedih, tidak dapat melihat ibu nya buat kali terakhir dan memohon kemaafan.
---
"Ibu! ibu!"
"Kenapa ni Marya?".
"Marya dapat keputusan cemerlang!".
"Alhamdulillah. Sini ibu tengok. Ya Allah, pandai nya anak ibu".
"Dengan keputusan ni, Marya ingat. Marya nak sambung belajar. Dekat KL".
Ibu nya tidak menjawab sebalik nya hanya
memberikan senyuman dan berlalu pergi.
---
Marya tiba di kampung halaman pada waktu subuh. Terlihat banyak kereta, Marya pasti itu milik saudara-mara nya. Dia menarik nafas panjang dan membuka kasut nya.
"Assalamualaikum". Marya memberi salam
"Waalaikumsalam". Jawab Makcik nya
Marya mencari bapa nya tetapi tidak ada di ruang tamu. Terlihat saudara-mara nya yang lain memandang nya bengis.
"Marya penat?". Tanya makcik nya
"Sikit".
"Pergi lah, tengok ibu kamu".
Marya berjalan lemah ke jenazah ibu nya. Marya terduduk kaku melihat ibu nya yang tidak bernyawa.
Kali terakhir dia melihat ibu nya sedang tidur dan harini, ibu tidur dan tidak akan bangun.
Marya mencium dahi ibu nya. Terasa sejuk.
"Ibu, Marya dah pulang". Jatuh airmata yang disimpan nya tadi.
"Maafkan Marya ibu sebab tak dapat balik tengok sebelum ni". Madah Marya teresak-esak.
"Siapa bagi dia masuk ni?". Kata seorang lelaki iaitu bapa nya.
Marya memandang bapa nya.
"Kau siapa?"
"Ayah....".
"Kau siapa nak panggil aku ayah. Aku tak kenal kau. Keluar". Samad menarik Marya keluar.
"Along, jangan macam ni Along. Depan jenazah ni". Kata Senah cuba menenangkan Samad.
"Apa hubungan dia dengan kita? Dia tak ada hak nak jejak kaki dekat sini! Kau balik!".
Samad menolak Marya keluar.
"Ayah. Ayah maafkan Marya". Marya memeluk kaki bapa nya.
"Jangan panggil aku ayah. Aku tak ada anak yang jenis tak kenang budi macam kau. Kau balik!".
Samad menepis Marya dan masuk ke dalam dan menutup pintu rumah.
Keesokan pagi nya, Marya melihat dari jauh ibu nya dikebumi kan. Dia menunggu sehingga semua orang pergi untuk mengelakkan bertembung dengan Ayah nya.
Selesai sahaja pengebumian, Marya datang ke kubur ibu nya. Dia duduk dan mengusap-gusap tanah.
"Ibu, Marya minta maaf". Kata Marya teresak-esak.
Marya memeluk erat kubur ibu nya sambil menangis dan memohon kemaafan.
Marya seperti terasa bahang. Dia membuka mata dan terlihat dia seperti berada di jambatan dan kelilingi api yang marak. Marya cuak dan bingung. Dimanakah dia berada.
"Marya...". Suara seorang perempuan menarik perhatian Marya di jambatan seberang yang terang berbanding tempat nya yang gelap dan panas.
"Ibu?". Jawab Marya
Terlihat Aini tersenyum melihat Marya. Marya cuba untuk pergi keseberang tetapi di halang ibu nya.
"Biar ibu pergi dekat Marya".
"Ibu, jangan ibu. Ibu tak boleh ada dekat sini".
"Tapi Marya yang bawak ibu". Ibu nya berjalan ke tempat Marya.
"Ibu jangan ibu. ibu..Ibu!".
"Awak?".
Marya tersedar dari tidur nya.
"Sa..Saya dekat mana".
"Awak dekat kubur".
Marya memandang dan melihat kubur ibu nya. Dia memandang dekat lelaki yang mengejut nya daripada tidur.
"Jadi, awak lah Marya?".
"Macam mana awak tahu nama saya".
"Saya yang hantarkan duit awak dekat Makcik Aini".
"Pian?".
"Saya lah tu".
"Acik selalu cerita pasal awak. Dia kata awak ni orang ternama dekat kota, duduk rumah mewah. Selesa".
"Ayah?".
"Pakcik tak banyak cakap. Bila Acik cakap pasal awak. Pakcik macam buat-buat tak endah".
Marya memandang hampa.
"Boleh saya tanya. Awak kerja apa?".
Marya memandang Pian.
"Maaflah kalau buat awak tak selesa. Tak nak jawab pun tak apa"
"Saya.....Kerja dekat Kelab Malam".
Pian memandang Marya sedikit terkejut.
"Kenapa. Terkejut?".
"Bukan macam tu, tak adalah. Setahu saya, awak ni salah seorang anak muda yang dapat keputusan yang cemerlang. Tapi kenapa awak pilih kerja ni berbanding sambung belajar?".
"Pian. Ini semua sudah tertulis. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Saya pun macam manusia lain. Ingin juga rasa belajar di menara gading. Tapi apakan daya, rezeki tidak memihak. Mungkin ini jalan saya".
"Tapi, tak akan selama nya awak nak kerja dekat situ".
"Takdir, kita tak tau. Manatau takdir temukan saya jodoh awak".
Marya tersenyum dan masuk ke kereta nya. Pian sedikit bingung dan memandang Marya yang berlalu pergi.
Walaupun di buang keluarga dan tidak mungkin di pandang suci mana-mana manusia. Marya kini tahu, suatu ketika dia membuatkan ibu nya bangga.
Memikirkan kata-kata Pian, tak akan selamanya dia ingin melakukan kerja ini. Sekarang, duit bukan masalah. Masalah ada lah KESEDARAN. Benar, takdir boleh berubah arah.
Ulasan
Catat Ulasan